Nao Robot

Video Affirmasi Motivasi dan Inspirasi

Tutup Aurat atau Buat Syarat?  

Posted by: Sebaik-baik Keredhaan



Siapa sangka ramai wanita yang tidak bertudung di sekeliling kita mahu memakai tudung sebaik sahaja mereka sedar akan kepentingan menutup aurat. Kebanyakan mereka tahu mengenai hal ini semasa belajar subjek Pendidikan Agama Islam di sekolah rendah lagi. Cuma mereka tidak tahu bagaimana mahu melakukannya. Bukan kerana tiada ilmu tentang cara memakai tudung atau jenis kain tudung yang sesuai dipakai tetapi takut orang sekeliling tidak mahu menerimanya. Hal ini kerana mereka ini berkawan dengan orang yang tidak memakai tudung dan ada juga yang datang dari keluarga yang langsung tidak menitikberatkan  pemakaian tudung dalam kehidupan.

Kini, mereka sudah tidak segan lagi memakai tudung kerana sekarang ini semakin banyak jenis tudung yang ada dijual di kedai kain dan pasar malam. Ramai wanita termasuklah remaja dan kanak-kanak sudah mula memakai tudung semenjak fesyen tudung dipopularkan di negara kita baru-baru ini. Kita patut bersyukur kerana ramai wanita masa kini sudah sedar tentang kepentingan menutup aurat dan berani membuat perubahan yang positif dalam diri mereka tanpa ada perasaan malu.

Namun begitu, ada juga sebilangan wanita yang masih tidak mahu menggunakan kesempatan yang ada ini dengan sebaiknya. Mereka ini adalah golongan yang hanya membuat syarat. Mereka mahu dipandang 'cantik' dengan memakai tudung atau selendang yang masih memperlihatkan jambulnya tanpa menghiraukan tuntutan agama yang menyuruh menutup aurat. Entah apa alasan mereka sehingga berani melanggar suruhan Ilahi. Adakah kerana masih tidak mendapat hidayah? Atau diri sendiri tidak mahu mencari hidayah? Semua itu terpulang kepada mereka. Jika mereka mahu menutup aurat, mereka akan melakukannya.

Apa pun, tugasan kita untuk mengajak orang menutup aurat dan berbuat baik masih berjalan. Bukan hanya memandang mereka tanpa sebarang nasihat. Ini kerana nasihat mampu mengubah sikap seseorang. Moga kita tidak mudah berputus asa dan berani menegakkan kebenaran. Amin...

This entry was posted on 7:03 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment