Nao Robot

Video Affirmasi Motivasi dan Inspirasi

Ubat Hati  

Posted by: Sebaik-baik Keredhaan


Kita sering mencari ubat jika kita sakit atau demam. Ubat utama yang kita akan cari ialah panadol. Apakah pula ubat yang akan kita cari jika kita sakit hati atau lemah semangat? Mungkin ramai yang mengatakan pelbagai jenis ubat tradisional dan moden tetapi jarang di kalangan kita yang akan mengatakan ubat hati ada lima perkara. Apakah dia lima ubat hati itu?

Pertama: Baca al-Quran dan maknanya.
Kedua: Tunaikan solat malam (tahajjud).
Ketiga: Berkumpul dengan orang soleh.
Keempat: Perbanyakkan puasa (puasa sunat).
Kelima: Banyakkan zikir malam.

Inilah 5 ubat hati yang perlu kita amalkan. Bukan sahaja baik untuk hati yang sedang sakit, tetapi juga baik untuk hati yang masih sihat. Moga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Amin...