Solat tahajjud merupakan salah satu solat sunat yang dilakukan di malam hari. Kita digalakkan melakukannya seelok-eloknya pada 2/3 malam. Sebenarnya, waktu 2/3 malam inilah waktu yang paling sesuai untuk kita mengadu dan meluahkan segala masalah kita kepada yang Maha Kuasa. Ini kerana kebanyakan orang pada saat ini sedang nyanyak tidur dibuai mimpi yang panjang. Apatah lagi, waktu 2/3 malam ini merupakan waktu yang sangat sunyi dan tenang.
Walaupun kita sukar bangun malam, tetapi kita boleh melatih diri kita melakukannya. Apa yang penting, kita perlu niat sebelum tidur. Bukan niat untuk bangun malam hanya kerana mahu melayan facebook atau ym, tetapi sebaliknya bangun untuk mengerjakan solat sunat 2 rakaat untuk mencari redha yang Maha Esa. Bangunlah jika kita sudah tersedar di tengah malam.
Jika kita sudah niat mahu bangun untuk mengerjakan solat tahajud tetapi kita tidak bangun sebaik sahaja tersedar di malam hari, pasti sukar untuk kita bangun malam beberapa hari selepas itu. Sebab itulah kita perlu lakukan sesuatu perkara selaras dengan apa yang kita niatkan. Sama-samalah kita hayati lirik lagu 'Di Hening Malam' yang dipopularkan oleh kumpulan Diwani.
Di Hening Malam
Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi
Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dariNya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam
Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpinNya
Agar kerja kita dipimpinNya
This entry was posted
on 2:09 AM
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.