Nao Robot

Video Affirmasi Motivasi dan Inspirasi

Sirkit Ping Pong MASUM 2010  

Posted by: Sebaik-baik Keredhaan



Tahun ni merupakan kali kedua aku mewakili USIM dalam perlawanan ping pong Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Kali pertama aku berlawan di UUM pada 2009. Kali kedua aku lawan di UMT dan layak masuk ke grand final kat UiTM, Shah Alam. Buat julung kalinya aku dapat main ping pong sampai suku akhir pada perlawanan MASUM 2010.

Pengalaman dapat main ping pong ngan dak2 USIM dan dak2 U lain sangat berharga buat diriku. Pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit ini takkan ku lupakan buat selama-lamanya. Macam2 cabaran datang sebelum aku pergi ke UiTM. Antaranya aku terpaksa buat assignment sampai pagi sebab waktu petang kene pergi training. Kadang-kadang latih sampai malam. Itu pun kalau malam free. Kalau ada kuiz atau ujian, aku terpaksa berjaga malam untuk membaca buku walaupun pada waktu itu aku sudah penat dan mengantuk.

Sekarang jadualku sudah berubah sebaik sahaja Kejohanan Sirkit Ping Pong MASUM 2010 tamat. Kini, aku boleh fokus sepenuhnya pada pelajaran. Alhamdulillah sekarang ni tinggal dua assignment sahaja yang belum siap. So, x banyak keje dah sekarang. Dah boleh start study untuk final exam :-)

This entry was posted on 11:17 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment